Tuesday, September 7, 2010

Majlis Santai Berbuka Puasa 4SEB

Hutan Bandar,Larkin 25 Ogos: Suatu sepakatan telah di buat untuk mengadakan majlis berbuka puasa (Iftar) di kalangan pelajar Tahun 4 SEB bertempat di Hutan Bandar,Johor Bahru.

Idea mengadakan majlis ini telah di usulkan oleh Ketua Kelas 4 SEB itu sendiri iaitu Saudara Abdul Hadi di mana tujuan nya adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim  di kalangan classmate di samping dapat berkumpul bersama-sama kerana ini mungkin saat yang paling indah untuk di kongsi al-maklum lah sudah berada di tahun terakhir kan.

Bertempat di Atap Belian yang mana di situ terkenal dengan Western Food seperti chicken chop,lamb chop, dan berbagai chop yang ada dimana tempat tersebut bertemakan ala-ala restoran dalam hutan. Perancangan rapi telah di buat dan satu kelas bersetuju untuk melantik Saudara Soyed untuk menguruskan segala urusan untuk tempahan dan pengangkutan. Majlis mendapat sambutan dan selepas ini ada lagi agenda dan aktiviti yang akan di jalankan untuk menghasbiskan sisa baki selagi ada di UTM.Kita tunggu dan lihat saja lah.


No comments:

Post a Comment