Monday, September 6, 2010

Biomehs UTM Anjur Lawatan ke PPUM dan HKL

UTM Skudai,8 Ogos: Persatuan Pelajar Kelab Biomedical And Health Science Engineering (BIOMEHS) telah menganjurkan satu lawatan sambil belajar selama 2 hari bertempat di Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM) dan juga Hospital Kuala Lumpur.

Seramai 70 orang mahasiswa serta dua pegawai pengiring telah mengikuti lawatan ini.Objektifnya adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai bidang pekerjaan yang berkaitan dengan jurusan yang mereka ceburi.

Ini adalah merupakan salah satu pendekatan untuk mereka lebih memahami bahawa dunia kejuruteraan bioperubatan ini merupakan salah satu bidang yang baru dan sememangya Malaysia amat memerlukan lebih ramai jurutera untuk memajukan industri ini.

 Tentatif
UTM Skudai
Ahad - 8 Ogos2130: Berkumpul di perkarangan letak kereta Rumah Tamu U9, Kolej Perdana
2200: Bertolak dari Universiti Teknologi Malaysia, UTM Skudai
PPUM
Isnin - 9 Ogos0800: Tiba di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
-Disambut oleh En. Emi dan En. Wan
-Di bawa menuju ke Dewan Pulasari
-Taklimat mengenai PPUM oleh Pn. Siti Azura
-Taklimat oleh jurutera unit kejuruteraan biomedikal PPUM, Puan Nor Haliza Bt. Md. Yusof
-Lawatan ke unit kejuruteraan biomedikal PPUM
1130: Lawatan tamat
-Penyampaian cenderamata
-Majlis penutup
1145: Bertolak ke Radicare, Hospital Kuala Lumpur (HKL).
­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­

HKL
Isnin - 9 Ogos

1415: Tiba di Radicare, Hospital Kuala Lumpur (HKL).
-Disambut oleh Cik Zarina
1430: Sesi Pertama: Kumpulan A akan membuat lawatan
-Bagi kumpulan B : Solat dan makan tengahari
1530: Sesi Kedua : Kumpulan B akan membuat lawatan
-Bagi kumpulan A : Solat dan makan tengahari
1630: Lawatan tamat
-Penyampaian cenderamata
-Majlis penutup
1700: Bertolak balik ke UTM
2330: Tiba di
Universiti Teknologi Malaysia, UTM Skudai.


sumber di ambil dari Biomehs

No comments:

Post a Comment