Showing posts with label activity. Show all posts
Showing posts with label activity. Show all posts

Tuesday, September 7, 2010

Harvard Business School Study Case

UTM Skudai,P23 18 Ogos: Kesemua pelajar Tahun 1 dan Tahun 4 adalah di wajibkan untuk menghadiri satu seminar iaitu dipanggil Harvard Business School Study Case. Objektifnya adalah untuk memberi pendedahan sebenar mengenai sistem pembelajaran di Harvard di samping para pelajar mempelajari kemahiran generic skills dan bekerja dalam kumpulan apabila kita di beri sesuatu tugasan dan case study

Seminar ini di terajui oleh Dr. Azli sebagai coordinator yang mana para pelajar diberi satu case study dalam bentuk petikan dan baca dan fahamkan apa yang terkandung dalam case study tersebut. Selepas itu para pelajar di kehendaki mencari fakta,menghuraikan analysis  of the actual problem dan terakhir sekali ialah cari recommendation dan solution bagi case study tersebut.

Ianya amat bersesuaian dan amat berguna untuk para pelajar dapat mengembangkan idea dan cadangan mereka justeru dapat memperbaiki communication skills mereka. Di harapkan program seperti ini dapat di teruskan untuk batch yang seterusnya. 


Dr. Azli memberi penerangan kepada para peserta.

Tajuknya yang agak mencabar..
Berbincang di kalangan ahli kumpulan..
 sumber gambar di ambil dari Mohd Nooh Omar's Photos


Monday, September 6, 2010

Matlab Workshop

UTM Skudai N28,14 Ogos: Satu kursus tentang penggunaan perisian yang sememangnya sering di gunakan oleh pelajar engineering iaitu Matlab telah diadakan dengan anjuran kelab BIOMEHS dengan usahasama Biosignal Processing Research Group.

Seramai 50 peserta telah mengambil bahagian dalam kursus ini dan tenaga pengajar adalah Dr. Malarvili yang sememangnya amat berpengalaman puas dalam pengunaan software ini. Beliau juga merupakan seorang lecturer yang berpengalaman luas bidang dalam Biomedical Signal Processing.   Kursus ini adalah penting untuk semua pelajar engineering di sebabkan kebanyakkan subjek memerlukan software ini untuk di implikasikan.

"Program ini adalah amat diperlukan oleh semua pelajar engineering,disebabkan kita perlu selesaikan banyak perkara melibatkan software ini seperti Digital Signal Processing, Biomedical Signal Processing, Medical Imaging, Problem Based Laboratories (PBL) dan yang paling penting sekali ialah Final Year Project ",ujar Pengarah Program iaitu Radha Swathe Priya.


sumber maklumat di ambil dari Biomehs

Biomehs UTM Anjur Lawatan ke PPUM dan HKL

UTM Skudai,8 Ogos: Persatuan Pelajar Kelab Biomedical And Health Science Engineering (BIOMEHS) telah menganjurkan satu lawatan sambil belajar selama 2 hari bertempat di Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM) dan juga Hospital Kuala Lumpur.

Seramai 70 orang mahasiswa serta dua pegawai pengiring telah mengikuti lawatan ini.Objektifnya adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai bidang pekerjaan yang berkaitan dengan jurusan yang mereka ceburi.

Ini adalah merupakan salah satu pendekatan untuk mereka lebih memahami bahawa dunia kejuruteraan bioperubatan ini merupakan salah satu bidang yang baru dan sememangya Malaysia amat memerlukan lebih ramai jurutera untuk memajukan industri ini.

 Tentatif
UTM Skudai
Ahad - 8 Ogos2130: Berkumpul di perkarangan letak kereta Rumah Tamu U9, Kolej Perdana
2200: Bertolak dari Universiti Teknologi Malaysia, UTM Skudai
PPUM
Isnin - 9 Ogos0800: Tiba di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
-Disambut oleh En. Emi dan En. Wan
-Di bawa menuju ke Dewan Pulasari
-Taklimat mengenai PPUM oleh Pn. Siti Azura
-Taklimat oleh jurutera unit kejuruteraan biomedikal PPUM, Puan Nor Haliza Bt. Md. Yusof
-Lawatan ke unit kejuruteraan biomedikal PPUM
1130: Lawatan tamat
-Penyampaian cenderamata
-Majlis penutup
1145: Bertolak ke Radicare, Hospital Kuala Lumpur (HKL).
­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­

HKL
Isnin - 9 Ogos

1415: Tiba di Radicare, Hospital Kuala Lumpur (HKL).
-Disambut oleh Cik Zarina
1430: Sesi Pertama: Kumpulan A akan membuat lawatan
-Bagi kumpulan B : Solat dan makan tengahari
1530: Sesi Kedua : Kumpulan B akan membuat lawatan
-Bagi kumpulan A : Solat dan makan tengahari
1630: Lawatan tamat
-Penyampaian cenderamata
-Majlis penutup
1700: Bertolak balik ke UTM
2330: Tiba di
Universiti Teknologi Malaysia, UTM Skudai.


sumber di ambil dari Biomehs